Van adalah nadi utama bagi kegiatan harian kami, termasuk menghantar dan mengambil para pelajar ke masjid dan lokasi kegiatan keagamaan seperti menunaikan solat Jumaat, jemputan solat jenazah, jemputan hadiah bacaan Al-Quran, jemputan tahlil serta doa selamat, lawatan ilmiah dan rehlah.
Pembaikan van ini sangat penting bagi kami kerana ia memastikan para pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf dapat hadir ke masjid dan tempat jemputan dengan selamat dan selesa, terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas dan hujan. Keselamatan dan keselesaan mereka adalah keutamaan kami, dan dengan bantuan dari individu-individu yang prihatin, kami yakin dapat melaksanakan pembaikan van dengan segera.

Dalam Kitab Fadhilat Sedekah merujuk kitab Kanz ul Ummal dipetik sebuah hadis menyatakan bahawa, Rasulullah ﷺ bersabda :“Tolaklah segala kerungsingan dan kebimbangan kamu dengan sedekah. Dengan sedekah Allah SWT akan menolak segala kemudaratan daripada kamu dan akan membantu kamu terhadap musuh-musuh kamu”.

Mulai RM10 ayuh sama-sama menyumbang agar van maahad ini dapat dibaik pulih dengan segera. Sumbangan anda tidak kira besar atau kecil, amatlah bermakna buat seluruh para pelajar kami. Semoga keprihatinan anda ini akan meraih keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini